Program pertandingan Name Exoworld Malaysia adalah program sempena sambutan 100 tahun Kesatuan Astronomi Antarabangsa. IAU telah menganugerahkan sebuah bintang dan planetnya kepada 118 buah negara untuk dinamakan. Malaysia telah menerima bintang dan planetnya untuk dinamakan pada May 2019. Oleh yang demikian pertandingan menamakan Exoworld akan dianjurkan untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah menamakan bintang dan planet tersebut.
Objektif
- Memberi peluang kepada pelajar sekolah menamakan exoplanet dan bintang hostnya.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan sistem planet di luar sistem suria kita.
- Mendedahkan kaedah kajian dan penemuan exoplanet kepada pelajar sekolah.
- Menyemarakkan minat masyarakat terhadap bidang astronomi dan sains angkasa.
Penganjuran Pertandingan Name ExoWorlds Malaysia ini adalah anjuran bersama oleh badan bukan kerajaan iaitu “Apadilangit” dan Planetarium Negara. Ianya juga adalah penganjuran dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) dan National Outreach Coordinator (NOC).