1. Syarat-syarat mandatori:
1.1 warganegara Malaysia;
1.2 terbuka kepada murid sekolah rendah atau sekolah menengah atau
persendirian; dan
1.3 berusia antara 7 hingga 17 tahun (pada tahun semasa).

2. Syarat-syarat umum:

2.1 Menamakan bintang dan planet. Kedua-dua nama tersebut
boleh menerangkan perkaitan antara satu sama lain.

2.2 Nama yang dicadangkan mestilah:
2.2.1 antara 4 dan 16 aksara panjang dalam huruf Latin;
2.2.2 keutamaan diberi kepada satu perkataan sahaja bagi
setiap nama;
2.2.3 mudah disebut atau diucapkan (dalam beberapa
bahasa);
2.2.4 tidak menyinggung perasaan atau mengejek;
2.2.5 tidak sama atau serupa dengan nama objek astronomi
yang ada;
2.2.6 nama yang telah diberikan kepada objek astronomi
boleh diperiksa menggunakan pautan:

2.3 Menyediakan justifikasi mengenai cadangan nama tidak lebih daripada 150 patah perkataan.

2.4 TIDAK DIBENARKAN mencadang:
2.4.1 nama-nama yang telah sedia bernilai komersial;
2.4.2 nama individu, tempat atau peristiwa yang berunsur
politik,
aktiviti ketenteraan atau keagamaan;
2.4.3 nama individu yang telah meninggal dunia selepas tahun
1919;
2.4.4 nama individu yang masih hidup;
2.4.5 nama organisasi yang berkaitan dengan pertandingan ini;
2.4.6 nama haiwan kesayangan;
2.4.7 nama yang baharu dicipta;
2.4.8 akronim;
2.4.9 nama yang mengandungi nombor atau tanda bacaan; dan
2.4.10 nama yang dilindungi oleh tanda dagang (trademark) atau
didaftarkan sebagai harta intelek (IP).

2.5 Keutamaan nama yang bercirikan Malaysia.

2.6 Penyertaaan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.